Masalah jerawat agak mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini. Justeru, saya cuba sedaya-upaya untuk berkongsikan pelbagai alternatif untuk menghilangkan jerawat terutamanya di bahagian muka. Cuma saya berharap agar anda tak mudah menyerah dalam menangani masalah ini. Sebaliknya, berusahalah secara berterusan (istiqamah). :)
Sehubungan itu, di sini saya kongsikan satu lagi petua menghilangkan jerawat dan jeragat. Bahan yang anda perlukan adalah daun pokok tea.
Bagaimanakah agaknya rupa daun pokok tea ni? Nah, silakanlah melihatnya di bawah ini:
Pokok Tea (Malaleuca Alternifolia) - www.aroma-pure.com
Apa yang perlu anda lakukan ialah:
1. Ambil beberapa helai daun pokok tea dan bersihkannya terlebih dulu.
2. Kemudian, gosokkan daun pokok tea tadi pada kawasan jerawat di muka anda dengan lembut.
3. Lakukan proses di atas lebih kurang selama 30 saat hingga 1 minit.
4. Anda boleh ulangi petua ni beberapa kali sehari. Sebagai contoh, anda boleh lakukannya pada setiap pagi dan malam.
Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda menggosok atau menyental daun pokok tea ke muka secara lembut. Ini kerana jika anda menyental dengan terlalu kuat, ia boleh merosakkan tisu muka anda.
Mudah-mudahan dengan mengamalkan petua ini, ia boleh menghilangkan jeragat dan jerawat di muka anda ya.
Selamat Mencuba!
0 komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.